20100311

MAAF :(

tujuan aku buat blog bukan untuk buat orang marah.



tujuan aku buat blog bukan untuk buat orang sakit hati dengan aku.



tujuan aku buat blog bukan untuk buat orang benci aku.



aku cuma jadikan blog ni tempat untuk aku luahkan perasaan. untuk aku hilangkan stress dan segala beban serta masalah yang membelenggu kepala.



kepada sesiapa yang pernah terbaca, sengaja baca mahupun apa sahaja, kalau kalian ada terasa di mana mana, maaf dipinta. tidak pernah terniat di hati untuk memburukkan atau menyakiti sesiapa. jika ada antara bahasa yang digunakan dirasa agak kurang sopan atau menyinggung, maaf sekali lagi. ini tempat untuk menghilangkan stress, sudah pasti ada terselit mana mana bahagian yang tidak sepatutnya. aku mengakui perkara itu. dan aku minta maaf untuk itu.



dan ini, khas untuk kau.



aku tak nak gaduh dengan kau sebab benda kecil. aku tak pernah terlintas pun nak cari gaduh. plus, kau lagi tua dari aku. aku tak nak jadi anak kurang ajar. mak aku tak ajar aku kurang ajar dengan orang lain. lagi lagi orang yang lagi tua. aku cuma buat andaian berdasarkan apa yang aku nampak. apa yang aku dengar. dan apa yang aku rasa. kita sama sama perempuan. kau tau apa aku rasa. tapi tak tahu laa kalau mungkin aku yang terlebih rasa.



aku tak marah kau. bukan aku cemburu buta. aku cuma rasa insecure. kalau kau ada di tempat aku, mungkin kau akan faham. aku cuma insan biasa yang tak lari dari buat kesalahan. kesalahan aku, mungkin aku tersalah anggap pada kau. kalau kau tak suka perbuatan aku, aku minta maaf.



kau tak perlu risau. aku dah buang post yang membuatkan kau marah dan terasa hati dengan aku. post yang menyebabkan aku dianggap 'rude'. post yang membuatkan orang pandang serong pada aku. tapi takpe. aku terima apa orang kata tentang aku. mulut orang tak boleh tutup. aku bukan bunuh orang. aku cuma tulis apa aku rasa.



kepada sesiapa yang berkenaan, sekali lagi. AKU MINTA MAAF.

4 comments:

SYAFIQ R.. said...

pergh...very emotional.....

zureqqqqq said...

nak buat camne. aku cume bleh minta maaf je.

SYAFIQ R.. said...

yg penting ko dh minta maap...

zureqqqqq said...

betul :)