Showing posts with label bicara masa senggang. Show all posts
Showing posts with label bicara masa senggang. Show all posts

20100714

you're beautiful







okayy
i'm currently addicted to this drama
you're beautiful
there's jang geun suk and park shin hye 
sweeeeeeeeetttttt ;)
tapi lagi best sebab lagu2 cerita ni dorang nyanyi sendiri
feel habessssssssssss
btw
3 hari dah tido pukul 4 pagi
hailaaaa
after ni nak menyamar jadi lelaki jugak boleh ? 
pelissssss ;D








ayong, ni sume salah kau. kau yang ajar aku tengok cite ni !

20100403

money money come to mama

  


Jabatan Perkhidmatan Awam
 ( JPA )


saya mahu DUIT !





cepat laa. miskin dah ni :(
 

20100322

hari sengal sedunia :)

memang betul ape orang cakap. zureq ni senang berubah mood kan ? semalam punya laa badmood sebab kawan baik dia datang. tapi hari ni mood dia baik gilaa plak. tau sebab apa ? sebab mak bawak shopping ! weeeeeeeeeee :P


dah lame rasanya tak menyopping. tak sangka. dapat jugak laksanakan hobi tu hari ni. hahahaha. I LIKE :DD alaa. bukan shopping apa sangat pun. beli barang keperluan peribadi untuk balik je. semua dah habis. nanti nak mandi nak guna sabun apa. takkan mandi kerbau je kan. rambut bila dah melekit nak guna syampu apa nak basuh. before cuti dah minta kat sanah. tapi takkan dah habis cuti pun nk minta lagi. malu lahh i. sekarang ni tengah musim orang batuk batuk and selsema. nanti tiba tiba hingus meleleh leleh takkan nak lap guna baju. gilaa selekeh. mesti mau tisu jugak. kalau tengah malam lapar mesti nak makan. walaupun kat bilik tu banyak lagi makanan, tapi semua makanan ringan je. yang berkhasiat tak dapat tempat kat situ. salah sapa ? salahkan orang yang beli (tak bersyukur lagi tu orang dah belikan) hahaha :P so terpaksa laa beli sikit makanan berkhasiat. nanti nak breakfast senang. ada vico 3 in 1. sedap ! heee :D pastu nanti kalau kawan baik datang lagi nak pakai baju apa. mesti mau baju yang selesa and takkan basah punya kan ? so belikan laa jugak baju untuk kawan baik tersayang chenta hatiku. huhu. sebenarnye kan. dah lame dah tak beli kasut baru. tapi kan tadi mak baik hati sungguh membelikan kasut serta seluar tidur baru untukku. waaahhhh mak, I LAP U laaah !


berbalik kepada topik asal. pasal zureq senang bertukar mood tu. betul laa. mula mula mak bawak shopping, gumbira tak terkata. lepas tu balik je rumah, tiba tiba badmood. bila mak keluar, duk dalam bilik. on aircond, carik paper hari ni. haa amik kau pukul 5.30 ptg baru aku baca paper. bagus zureq. haha. tengah tengah syok dok baca paper, tiba tiba kepala rasa berat. haishh. kenapa plak ni. pastu tiba tiba badan panas. menggelabah carik comforter dengan sweater. haa berselubung terus dalam bilik tu. tapi still ade satu benda penting lupa buat. off aircond. HAHAHAHAHA :P bodoh. dah tau demam kau pegi pasang lagi aircond tu kan.


tak lama lepas tertido, tiba tiba handphone bunyi. carik carik tak jumpe. haish hilang plak benda ni. rupa rupanya terselit kat celah celah comforter. si dia yang call. baru habis class laa tu. ikuti kisah kami ye :)



dia : hello, boleh cakap dengan cik syazura ?

aku : ye saya. kenape ye ?

dia : saya pegawai dari jpa. saya ada satu berita buruk untuk cik. elaun cik untuk sem 3 nanti akan ditahan berkuat kuasa dari sekarang.

aku : laaahh. kenape plak encik ? tiba tiba je. apa salah saya ?

dia : berdasarkan pemerhatian pihak kami, nampaknye cik tak blaja langsung sepanjang cuti ni. asyik makan and tido je. buku satu pun tak bukak. ini melanggar etika cik sebagai pelajar aaj dan pelajar tajaan jpa. jadi terpaksa laa pihak kami ambil tindakan dengan menahan elaun cik.

aku : WHAT THE ????!!!



boleh plak dia kata dia pegawai jpa and nak potong elaun aku. amboi bang, suka suki kau je kan ! bergaduh sekejap di situ. macam bodoh. hahahahaha. after tu kan, satu benda LAGI bodoh jadi. nak tau apa ? kitorang dua tertido time call. bleh plak camtu kan. bongok gilaaaa babi. bila tersedar, dah dekat 40 minit call tu berjalan. gilaa bazir. last last, off call and aku pun sambung tido balik.


HAHAHAHAHAHAHAHA BODOH GILAAAAAAA !!

20100202

penaaaatttttt

HADOI. baru first day class dah kepenatan. walaupun cuti dah agak lame, tapi tak cukup gak. mengantuk lagi dalam class. saito sensei, GOMENNE! saye tido tadi. tak tahan sangat dah tahan godaan syaitan malaysia ni. hee. class nihonggo pun ngantuk gak. yang last2 tu. part sakubung. mak oii. rase cam nak suh sesape lempangkan je bagi ilang ngantok. haishhh.


tapi dalam ngantuk2 tu, ade jugak class aku tak tido. class awal2 ngan yoshikawa sensei. fuhhhh segar bugar siot. nasib baik dah kahwin. takde can laa nak ngorat. hahahahahahaha :PP


tapi yang paling penting, hari ni memang menyirap ngan deskmate. tak abeh2 duk ungkit pasal gitar. kalau ikutkan, dah katuk dah die. tapi tak sampai hati plak. nangis kang aku jugak susah. haha. sorry laa deskmate aku kutuk kau kat blog ni. carik pasal lagi ngan aku. rasekan. HUAHUAHUAHUA (gelak kuntilanak).


huaaaarrghhhhh! menguap jap. sorry2. tadi kan, aku g usha gerai2 kat bawah tuh. banyak gak bende yang dijual. beli gak laa sikit. fries dengan air tembikai. boleh tahan laa. sedappp. ni pun tengah mengunyah fries lagi. yummy! EHHHHH! zureq! kau tengah diet laaa. mane boleh makan bende2 tuh! alamak. aku telah melanggar peraturan sendiri. hadoii. sebagai balasan, esok kau tak boleh g lunch. paham zureq?


(angguk kepale sorang2)


hari ni shukudai taklaa banyak sangat. tapi sebab weekend hari tuh aku lupe shukudai butsuri, so malam ni kene siapkan. hantar esok. huii MALASNYE! haa. lagi satu. test beta aku. halamak. hidokatta laa plak rase. cuak kot. tapi sempat aku berborak2 ngan classmate after abes test.


saif : zureq, camne beta kau? aku tengok laju je kau tulis. non-stop. sure gempak gile.


aku : banyak laa kau. aku laju sebab menggigil. aku rase time spm pun aku tak kinchou camni. dasat tak dasatnye penangan sasaki tu haa.


saif : dasat2. haha.


aku pun gelak2 sekali ngan saif. beta2. taktau laa ape jadi kau. mintak2 laa ok. amin :)








p/s : dalam duk marah2 diri sendiri sebab makan, aku masih lagi mengunyah fries. dah2 laa tu zureq oi!

20100131

cukupkah?

tibe2 saye terfikir. cukupkah segala usaha saya selame ni untuk belajar? rase macam tak cukup je. bile exam, rasenye dah buat yang terbaik. tapi result masih tidak memuaskan hati. tak cukup lagi ke ape yang telah diusahakan?

jadi, saye rase saye perlu usaha lebih lagi. final dah nak dekat. kalau result buruk, alamat bye2 laa aaj. selamat jalan romeo. haha. maknenye, saye perlu berubah. tak perlu lagi drama2 jepun dan korea di malam hari. tak perlu juga segala jenis novel cinta dan komik untuk dibaca. hanya perlu buku suugaku, butsuri, kagaku serta nihonggo. english tu mlm before exam baru bace. ahahaha :P

kekasih pernah cakap. saye semakin menjadi nerd. arrrggghhhh! tidak! tidak pernah seumur hidup membayangkan diri menjadi nerd. pada fikiran saye, nerd tu untuk orang yang pakai braces, pakai spec, pegi mane2 bawak buku. saye macam tu ke? mane ade. saye ade satu je ciri2 tu. pakai spec. nak buat macam mane. takde sape suke pakai spec. tapi kalau dah signboard pun tak nampak, kene sedar diri laa. terpakse jugak pakai walaupun tak redha. tapi ciri2 lain saye takde. braces tak pakai. buku pun saye tak bawak ke hulur ke hilir. tidak same sekali. berat beg. saye yang pemalas ni pun dah dipanggil nerd, cube bayangkan budak2 aaj lain yang sentiase dengan buku. abis diorang tu nak panggil ape? haishh. tak tercapai akalku. kekasih2. pandai2 je kate orang nerd. ciss.

saye rase saye memang perlu berubah. banyak. antaranye :

1) menjadi lebih rajin untuk belajar
2) memupuk semangat cintakan homeworks
3) belajar menjadi lebih penyabar dan kurangkan marah2
4) jangan cepat jeles. trust is the priority in any relationship. right?
5) rajin2 laa call mak. hihi :)
6) kurangkan tido, kurangkan makan, lebihkan membace

haaa. dengan adenye semua point2 di atas, maka lebih senang dan mudah laa kerja saye untuk berubah. insyaAllah. harap2 impian jadi kenyataan. saye akan capai cita2 untuk ke jepun. yoshhhhhh! :)







p/s : kekasih, nantikan syazura yang baru ye :)